Permainan cungkil lidi sesuai dimainkan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan. Kanak-kanak akan berasa gembira dan seronok apabila bermain permainan ini. Alat yang digunakan mudah didapati. Ia tidak memerlukan sebarang perbelanjaan. Inilah salah satu kelebihan permainan kanak-kanak zaman dahulu. Permainan ini dimainkan dengan tujuan untuk menguji kecekapan pemain mendapatkan seberapa banyak keratan bilah lidi yang ditanam mengikut masa yang ditentukan. Selain daripada lidi penyapu, bilah sate yang diperbuat daripada buluh juga boleh digunakan.


Sesuai dimainkan di kawasan tanah berdebu atau berpasir halus. Luas kawasan permainan ditentukan berdasarkan jumlah pemain.


Lidi penyapu:
  1.  Lidi penyapu berukuran 4cm
  2. Lidi penyapu berukuran 10cm

Sekurang-kurangnya dua orang pemain. Jika berpasangan, tidak boleh melebihi 10 orang pemain. Biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki atau perempuan yang berumur 7 hingga 12 tahun.

  1. Setiap pemain mestilah mempunyai lidi berukuran 10cm sebagai alat untuk mengcungkil.
  2. Undian dilakukan bagi menentukan pemain yang akan menyorokkan lidi dahulu.
  3. Penyorok akan menyorokkan lidi berukuran 4cm ke dalam tanah, di dalam kawasan  permainan. Jumlah lidi ini perlu ditentukan terlebih dahulu oleh kedua-dua orang pemain.
  4. Pengcungkil tidak boleh melihat sewaktu lidi disorokkan. Setelah selesai menyorokkan lidi, pengcungkil akan mengcungkil lidi dalam had masa yang ditentukan. Contohnya: tiga minit.
  5. Semasa mencari lidi, pengcungkil hanya boleh mencucuk tanah dan terus mengcungkil lidi yang disorok tadi.
  6. Pengcungkil akan berhenti mengcungkil apabila masa telah tamat atau setelah berjaya menjumpai kesemua lidi yang disembunyikan. Jumlah lidi yang berjaya dikumpulkan oleh pemain akan dikira untuk menentukan pemenang.
  7. Seterusnya pemainaan ini akan bertukar peranan. Pemain yang menyorokkan lidi akan mengcungkil lidi pula. Langkah yang sama akan dijalankan.
  8. Setelah tamat pusingan kedua, jumlah lidi kedua-dua orang pemain akan dibandingkan. Pemain yang memperolehi lidi paling banyak akan menang. Sekiranya jumlah lidi adalah sama banyak, permainan bolehlah diulang semula.

  1. Setiap pemain mestilah mempunyai lidi berukuran 4cm yang sama banyak. Pemain-pemain juga perlu memiliki lidi berukuran 10cm setiap seorang.
  2. Masa mengcungkil atau mencari lidi mestilah ditentukan, misalnya tiga minit.
  3. Lidi hanya boleh disorokkan dalam kawasan yang ditentukan sahaja.
  4. Pengcungkil dikehendaki menutup mata sewaktu lidi disorokkan oleh  pihak lawan.
  5. Permainan dijalankan dalam dua pusingan. Jika jumlah lidi yang dikumpulkan oleh kedua-dua kumpulan atau kedua-dua pemain sama banyak, permainan perlu diulang sebanyak dua pusingan lagi.
  6. Setiap pemain dalam kumpulan perlu bekerjasama mengcungkil lidi dalam had masa yang ditentukan.
  7. Pemain-pemain mestilah mematuhi peraturan permainan.