- Setiap pemain mestilah mempunyai lidi berukuran 10cm sebagai alat untuk mengcungkil.
- Undian dilakukan bagi menentukan pemain yang akan menyorokkan lidi dahulu.
- Penyorok akan menyorokkan lidi berukuran 4cm ke dalam tanah, di dalam kawasan permainan. Jumlah lidi ini perlu ditentukan terlebih dahulu oleh kedua-dua orang pemain.
- Pengcungkil tidak boleh melihat sewaktu lidi disorokkan. Setelah selesai menyorokkan lidi, pengcungkil akan mengcungkil lidi dalam had masa yang ditentukan. Contohnya: tiga minit.
- Semasa mencari lidi, pengcungkil hanya boleh mencucuk tanah dan terus mengcungkil lidi yang disorok tadi.
- Pengcungkil akan berhenti mengcungkil apabila masa telah tamat atau setelah berjaya menjumpai kesemua lidi yang disembunyikan. Jumlah lidi yang berjaya dikumpulkan oleh pemain akan dikira untuk menentukan pemenang.
- Seterusnya pemainaan ini akan bertukar peranan. Pemain yang menyorokkan lidi akan mengcungkil lidi pula. Langkah yang sama akan dijalankan.
- Setelah tamat pusingan kedua, jumlah lidi kedua-dua orang pemain akan dibandingkan. Pemain yang memperolehi lidi paling banyak akan menang. Sekiranya jumlah lidi adalah sama banyak, permainan bolehlah diulang semula.
0 comments:
Post a Comment